Saturday, January 1, 2011

Belum tunai haji, boleh lakukan 'umrah?




Boleh, kerana ibadah haji dan umrah itu kedua-duanya wajib dan boleh dikerjakan mana satu terlebih dahulu.
Sabda rasulullah saw : "Lakukan secara beriringan antara ibadah haji dan umrah, kerana kedua-duanya menghindarkan seseorang daripada kepapaan dan segala dosa".
(Riwayat al-Nasai dan al-Tarmizi ) 

Daripada 'Ikrimah ibni Khalid ujarnya, '' Saya bertanya kepada Abdullah bin Umar ra mengenai umrah sebelum haji, maka katanya : " Tidak mengapa apabila seseorang itu berumrah sebelum menunaikan haji. Sesungguhnya Nabi saw juga melakukan umrah sebelum menunaikan haji." (Riwayat al-Bukhari).

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home