Thursday, December 23, 2010

Untungnya mengerjakan Umrah


'UMRAH'

*mengikut sebutan adalah haji kecil.
*adalah mengunjungi Baitullahlil Haram di Mekah untuk melakukan tawaf dan sa'ie serta rukun-rukunnya dan wajib-wajibnya.
* ia tidak memerlukan wukuf di Arafah, bermalam di muzdalifah, melontar jamrah di Mina serta serta bermalam di sana sepertimana dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji. 




Hukum mengerjakan Umrah :
  Wajib untuk kali pertama dan sunat untuk kali seterusnya.




Keutamaan mengerjakan Umrah dan Ziarah :
1.  Menghapuskan dosa : Rasulullah SAW bersabda " Umrah kepada satu Umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku di antara keduanya".
" Sesiapa yang keluar dari rumahnya kerana hendak mengerjakan haji atau umrah, maka dia mati, nescaya Allah akan memberikannya pahala mengerjakan haji dan umrah hingga hari kiamat. Dan sesiapa mati di di salah satu Tanah haram (Makkah atau Madinah), dia takkan dihisab, bahkan dikata kepadanya:'Masuklah ke dalam Syurga'."


2.   Do'a dimakbulkan Allah.  Sabda Rasulullah SAW "Orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah urusan Allah. Jika mereka berdo'a maka nescaya do'a mereke dimakbulkan Allah."


3.  Dapat menyaksikan Ka'abah :Bahawa Allah menurunkan 120 rahmat atas rumah ini (Kaabah) pada setiap hari dan malam; 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan solat dan 20 bagi mereka yang hanya memandang ka'abah.(Riwayat alBaihaqi daripada Ibnu 'Abbas ra).
Sesiapa yang tawaf di Baitullah dan solat dua rakaat ( solat sunat tawaf) nescaya dia seperti memerdekakan hamba.( Riwayat Ibnu Majah).


Sesiapa yang tawaf di Baitullah lima puluh kali, nescaya keluar segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.( Riwayat alTarmizi).

4. Peluang mendapat pahala berlipatkali ganda apabila mengerjakan solat di Masjidil Haram dan masjidil Nabawi ; iaitu 100,000 kali ganda di masjidil Haram dan 1,000 kali di Masjidil Nabawi.

5.  Peluang ziarah Makam Rasulullah.

6.  Peluang berdo'a di tempat-tempat istijabah(yang dimakbulkan do'a) :  
    * Raudhdh dalam masjid nabawi
    * semasa tawaf
    * semasa bersa'ie
    * atas bukit safa
    * atas bukit marwah
    * dalam Hijir ismail
    * di sisi telaga zam-zam
    * di belakang Makam Ibrahim
    * di Multazam.
bahkan terdapat 55 tempat yang dimakbulkan doa di Mekah, oleh itu perbanyakkanlah berdo'a semasa di sana.

 7.  akan dimurahkan rezeki oleh Allah.
 "Orang yang mengerjakan Umrah dan Haji akan dimakbulkan doa mereka dan digandakan wang yang dibelanjakan oleh mereka sebanyak 1000 kali 1000 iaitu sejuta.'' (Riwayat al-Baihaqi daripada Anas ra).   
 












                  

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home