Tuesday, January 25, 2011

DOKUMEN KEPERLUAN KE UMRAH


  1) Pasport antarabangsa.
Tempoh sahlaku 6 bulan hingga 1 tahun.


2) Gambar pasport ( 4 keping ).
Bertudung hitam untuk jemaah perempuan
Tidak memakai kopiah/songkok untuk jemaah lelaki.


3) Gambar Umrah bersaiz 6 X 4 ( 4 keping ). 


4) Fotostat IC depan belakang ( 2 keping ). 
 

5) Fotostat sijil nikah ( suami/isteri ).


6) Bagi yang tiada waris atau mahram,
surat pengesahan ketua kampung/ ketua rakyat/ imam mukim/ pegawai kerajaan diperlukan. Kami menyediakan contoh surat ini.


7) Untuk warganegara asing, pasport antarabangsa.


8) Buku kesihatan/ sijil immunisasi (jika ada). 


Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami :
Dr Hj Sidek 
+6017- 637 7631 
  

Monday, January 24, 2011

KEMBARA RAUDHAH BOUTIQUE

HADIAH KEPADA PARA JEMAAH KEMBARA RAUDHAH

Percuma!
Untuk Jemaah lelaki : sepasang kain ihram, beg kasut,tali pinggang haji, beg, buku panduan.
Untuk Jemaah wanita : sepasang telekung hitam, beg kasut, beg, buku panduan.
Dan suntikan wajib ACWY 135  



air zam-zam diterbangkan khas dari Tanah Suci ; dalam pek 1liter (RM20), 2 liter (RM30) & 5 liter (RM75).

Jubah lelaki cotton putih(RM 85)

























                 Jubah seluar perempuan putih(RM 85)

        
                                             



beg kasut kain & beg kecil untuk isi batu (RM10)



tasbih dari Tanah Suci (RM5)





tasbih 7 batu dicipta khas untuk tawaf & sai'e(RM5)







jubah panjang, jubah seluar wanita & jubah hitam yang diterbangkan khas dari Dubai


Kain ihram bermutu tinggi





Debu suci untuk tayamum yang mudah dibawa serta digunakan apabila ketiadaan air atau di dalam kapal terbang; cara menggunakannya mudah dan jelas tertera di atas botolnya.







Padding khas untuk jemaah yang bermasaalah lutut dan bersujud, tidak bergulung apabila memakainya, bersaiz S,M,L,XL (RM50)



beg kasut wanita cotton(RM10)



minyak attar dari tanah Suci, dan pelbagai lagi produk untuk kegunaan para jemaah



minyak attar kelambu kaabah bermutu tinggi dari Mekah (RM 15)



pelbagai tudung labuh



Losyen pelembap yang suci dan sesuai untuk berumrah(RM18)



pelbagai buku panduan serta kaset 


telekung hitam labuh dicipta khas dengan pembukaan muka yang kemas, tak perlu memakai anak tudung, size 8,9 & 10 (RM 85)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
 Dr Hj Sidek : 017 6377 631 / 016 2207763

Labels:

Friday, January 14, 2011

Invitation : SOFT LAUNCHING of KEMBARA RAUDHAH


Date            :       29th January (Saturday) 
Time            :       6pm - 10pm
Venue          :      Block A, 5-2, JALAN PJS
                            5/30, Petaling Jaya
                            Comercial Centre (PJCC).


PROGRAMME

                            5pm  :  Guest arrival
                  6pm  :  Opening Ceremony
             7.30pm  :  Solat Maghrib (berjemaah)
                  8pm  :  Tahlil and Doa Selamat
             8.45pm  :  Solat Isya' (berjemaah)
             9.15pm  :  Dinner


All are welcome.

BILAKAH DOAKU AKAN DIMAKBUL?


APABILA...
ALLAH cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.



Firman Allah, maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka) : Seseungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruankKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi serta betul."
(SURAH AL-BAQARAH : 186)


APABILA....
ALLAH lambat makbulkan doa mu, Dia ingin mengujimu.


Menurut Al-Khatabi : "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan, atau menggantinya dengan pahala."
Menurut Hukama : "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."



APABILA...
Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 


Firman ALLAH, maksudnya : "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepadanya sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, ALLAH jua YANG MAHA MENGETAHUI semua itu, sedang kamu tidak mengetahuinya."
(SURAH AL-BAQARAH : 216)


OLEH ITU, 
sentiasalah bersangka baik pada ALLAH. 

Friman ALLAH SWT, maksudnya : "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, maka bersangka tentangKu apa saja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

Sunday, January 9, 2011

Muhasabbah Diri dengan MALU


Tidak MALUkah diri ini... 
Kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya yang ditinggalkan.
  
Tidak MALUkah kita ini... 
Melakukan dosa dan kesalahan, namun kita berhajat kepada-Nya kemudian Allah yang Maha Penyayang masih terus memberi rezeki yang melimpah dan kesihatan kepada kita.

Kita patut MALU pada Rasulullah saw yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. 
Namun sunnah-sunnah Baginda jarang kita belajar dan ikuti.
Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti.

Sekali lagi... Alangkah MALUnya!

Tuesday, January 4, 2011

Segerakanlah mengerjakan Haji



Bersegerakanlah berhaji, yakni haji wajib, sebab sesungguhnya seseorang tidak mengetahui apa yang akan menimpanya.
                                                               ( Riwayat Ahmad dan lainnya )
Sesiapa yang telah memiliki bekal dan kenderaan lalu dia tidak haji, maka apabila dia mati dia mati sebagai orang Yahudi atau Nasrani.
                                                          ( Riwayat Tirmizi dari Ali )

UMRAH 4-18 MAC 2010 : ATURCARA

PENERBANGAN DENGAN PESAWAT OMAN AIR

HARGA NETT (termasuk injection wajib ACWY ) :  RM 5,700 


.................................................................................................................
04/03/2011               WY 822  KUL-MCT           14.40 - 17.50
04/03/2011               WY 673  MCT-JED            22.00 - 00.20 (waktu Arab Saudi )
 ..................................................................................................................
17/03/2011               WY 672  JED - MCT          20.15 - 00.15
18/03/2011               WY 823  MCT - KUL         02.20 - 13.10 ( waktu Malaysia )
 ..................................................................................................................

HOTEL DI MADINAH :  FAIRUZ SATTA @ setaraf
HOTEL DI MAKKAH :  MANAZEL RAED @ setaraf


HARI PERTAMA  4/3 : KLIA - MUSCAT
Para tetamu ALLAH dinasihatkan supaya berada di lapangan terbang sebaik mungkin 3-4 jam sebelum pesawat berlepas. Semua tetamu ALLAH dikehendaki berada di Aras 5.
Berkumpul dalam satu kumpulan untuk  :
* taklimat ringkas
* penyerahan pasport
* doa
Selepas pemeriksaan imigresen, pesawat OMAN AIR dijangka berlepas pada pukul 2.20 petang. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dari Kuala Lumpur ke Muscat, dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, Oman pada pukul 5.50 petang waktu Oman. bertransit sekejap di Muscat lebih kurang 4 jam dan seterusnya berlepas ke Jeddah pada pukul 10.00 malam dari Muscat dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 12.20 pagi ( 5/3 ).


HARI KEDUA , 5/3 : MUSCAT-JEDDAH-MADINAH
Setibanya di Jeddah dan dengan selesainya pemeriksaan imigresen pihak Arab Saudi, para tetamu ALLAH akan dibawa ke dewan solat di lapangan terbang tersebut untuk menunaikan solat jamaq' maghrib/isya'.

Selesai solat tersebut, para tetamu Allah akan berangkat ke kota suci MADINAH MUNAWARRAH dengan bas ekspress berhawa dingin, perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam. Kita akan berhenti untuk makan malam dan solat subuh jika tidak sempat sampai ke Madinah untuk solat subuh di Masjid Nabawi.

Dalam perjalanan dan sampainya di kota suci MADINAH MUNAWARRAH, jemaah akan dibawa ke Masjid Quba ( masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SWA semasa Baginda berhijrah dari MAKKAH ke MADINAH ...persinggahan sebentar ini adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah sebelum masuk ke kota suci Madinah. Jemaah akan beristirehat sebentar dan disunatkan mengerjakan sunat Dhuha, 2 rakaat.

Seterusnya, para tetamu ALLAH akan dibawa ke BUKIT UHUD untuk menziarahi makam syuhada Saidina Hamzah ( bapa saudara Rasulullah ) ...medan pertempuran Uhud.
Dan jemaah akan terus pula ke Ladang Tamar & pasar tamar yang berdekatan Bukit Uhud.
Dan akan juga singgah sebentar di kilang Al-Quran, di mana di sinilah Kitab Al-Quran dicetak dan di wakafkan ke seluruh dunia oleh kerajaan Arab Saudi.
Kemudian, kita akan ke hotel penginapan untuk urusan check-in.

Acara seterusnya bebas sebelum masuknya waktu solat.
Para tetamu Allah kemudian akan berkumpul di lob hotel untuk kita bersama-sama ke Masjid Nabawi.
Lawatan ke RAUDHAH, MAKAM Baginda RASULULLAH SAW.



HARI KETIGA, 6/3 : MADINAH MUNAWARRAH 
Solat subuh di Masjid Nabawi dan sarapan pagi.
Aturcara seterusnya, selepas makan pagi, para tetamu Allah mesti berkumpul di lobi hotel penginapan untuk taklimat dan lawatan sekitar kota suci MADINAH.
 Lawatan ke Perkuburan BAQI' dan sekitar kawasan Masjid Nabawi.
Acara seterusnya bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan berikhtiqaf dalam Masjid Nabawi.



HARI KEEMPAT, 7/3 : MADINAH MUNAWARRAH 
Acara bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan berikhtiqaf di Masjid Nabawi dan urusan peribadi.
Selepas solat Asar, para tetamu ALLAH diwajibkan berkumpul di Dewan Makan hotel penginapan untuk Tazkirah Umrah dan taklimat persediaan  untuk ke MEKAH MUKARRAMAH keesokan harinya.

*Tempat-tempat yang akan dilawati semasa berada di MADINAH MUNAWARRAH:

1. Masjid Quba: Masjid yang telah dibina sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW, setelah baginda singgah sebentar di tapak masjid ini dari Hijrah baginda dari MAKKAH ke MADINAH. Para tetamu Allah dinasihatkan supaya dalam keadaan wudhuk dari hotel. Sesampainya di Masjid Quba ini dilakukan solat sunat 2 rakaat, ganjarannya menyamai 1 pahala Umrah.

2. Masjid Qiblatain: Masjid dua kiblat,; di sinilah Baginda Rasulullah SAW mendapat wahyau ketika bersolat supaya memalingkan arah kiblat dari menghadap masjid di Baitulmaqddis ke MASJIDIL HARAM di MAKKAH.Di Makkah, maka mulai saat tersebut, kiblat kita di Masjidil Haram mengadap KA'ABAH.


3. Masjid Tujuh / Medan Peperangan Ahzab : sekitar medan peperangan Ahzab dan peninggalan saki-baki masjid/pos Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat.

4.Medan Uhud : tapak di mana peperangan Uhud berlaku dengan shahid nya bapa saudara Nabi SAW,Saidina Hamzah Abdul Mutallib dan beberapa sahabat Baginda SAW.Ujudnya maqam shuhadah di Uhud memberi kita semua semangat untuk berjihad ke jalan ALLAH.

5. Pasar tamar / ladang tamar 

6. Kilang mencetak AL-QURAN : kerajaan Arab Saudi melalui kilang ini lah,Al-Quran telah di wakaf ke seluruh dunia.



HARI KELIMA, 8/3 : MADINAH – BIR ALI – MAKKAH
Selepas sarapan pagi,acara bebas dan persiapan untuk berangkat ke MAKKAH selepas solat zohor dan makan tengahari.
Para tetamu ALLAH di sunatkan membuat Ziarah Wadaq' ke maqam Nabi SAW dan dua sahabat di Masjid Nabawi.
Perjalanan ke MAKKAH akan singgah sebentar di Masjid Dzulhulaifah lebih di kenali Bir Ali,tempat miqat untuk mengerjakan Umrah.Para tetamu ALLAH dalam keadaan
berihram,sesampainya di masjid ini,solat sunat 2 rakaat dan seterusnya berangkat ke MAKKAH.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam.

Sampai sahaja di kota suci MAKKAH MUKARRAMAH,para tetamu akan di bawa ke hotel penginapan.Urusan 'check-in' dan jamuan makan malam,seterusnya selepas berehat seketika,para tetamu ALLAH berkumpul semula di ruang lobi hotel dengan iringan petugas akan di bawa ke MASJIDILHARAM untuk memulakan UMRAH PERTAMA(WAJIB)


HARI KEENAM ,9/3 : MAKKAH
Selepas sarapan pagi,acara bebas dengan memperbanyakkan amalan beriktikaf di Masjidilharam.
Para tetamu ALLAH berkumpul semula di dewan makan selepas makan malam untuk taklimat dan tazkirah.

HARI KETUJUH,10/3 : MAKKAH – MASJID SITI AISHAH(MASJID TANAEIM)
Selepas sarapan pagi,berkumpul di ruang lobi hotel untuk ke Masjid Tanaeim untuk mengerjakan Umrah ke-2.
Banyakkanlah beribadah di Masjidilharam dengan beriktikaf dalam masa acara bebas.

Selepas solat isya' dan makan malam,berkumpul semula di ruang lobi hotel untuk ziarah dalaman sekitar Masjidilharam.
Seterusnya taklimat untuk ziarah sekitar kota suci MAKKAH esok harinya.



HARI KELAPAN, 11/3 : MAKKAH (LAWATAN)
Selepas sarapan pagi,berkumpul di lobi hotel untuk menaiki bas melawat sekitar MAKKAH,tempat-tempat yang akan di lawati :

1.Padang Arafah ,disini dalam musim haji,jemaah haji berkumpul untuk Wukuf pada 9 zulhijjah.Disini juga tempat perjumpaan semula Nabi Adam dan isteri baginda Siti Hawa (Jabal Rahmah)

2.Mudzaliffah ,tempat jemaah haji bermabit dan mengutip anak batu untuk melontar di Jamrah.

3.Mina ,tempat jemaah haji menjalankan amalan melontar jamrah pada 10 zulhijjah dan pada hari-hari tasyriq 11-13 zulhijjah.

4.Jira'anah ,tempat miqat Baginda Rasulullah SAW,di anjurkan kepada para tetamu ALLAH berihram dan berniat umrah dari sini,untuk umrah ke-3.

Seterusnya acara bebas dengan memperbanyakkan amalan beriktikaf di Masjidilharam.



HARI KESEMBILAN, 12/3: MAKKAH (LAWATAN)

Selepas sarapan pagi,berkumpul semula di lobi hotel untuk lawatan ke :

1. Masjid Hudaibiah ,tempat miqat dan tempat di mana berlakunya Perjanjian Hudaibiah.Para tetamu ALLAH boleh mengerjakan umrah dengan bermiqat dari sini,Umrah ke-4.

2. Ladang ternakan unta ,boleh beli susu unta.
Acara seterusnya bebas dengan memperbanyakkan ibadah beriktikaf dalam Masjidilharam.



HARI KESEPULUH, 13/3 : MAKKAH.
Acara bebas,bermiqat ke Tanaeim untuk umrah ke-5.


HARI KESEBELAS, 14/3 : MAKKAH.
Acara bebas,bermiqat ke Tanaeim untuk umrah ke-6.


HARI KEDUABELAS, 15/3 : MAKKAH.
Acara bebas,bermiqat ke Tanaeim untuk umrah ke-7.


HARI KETIGABELAS, 16/3 : MAKKAH
Acara bebas dengan memperbanyakkan beribadat dan beriqtikaf di MASJIDIL HARAM.
Selepas makan malam,semua tetamu Allah wajib berkumpul di dewan makan untuk tazkirah dan taklimat keberangkatan pulang keesokan harinya.


HARI KEEMPATBELAS, 17/3 : MAKKAH – JEDDAH - MUSCAT.
Selepas solat subuh dan sarapan pagi...TAWAF WADAQ'(WAJIB)
Persiapan untuk pulang ke tanahair,bertolak ke Jeddah lebih kurang pada pukul 10 pagi.
Sesampainya di Jeddah, para tetamu ALLAH akan di bawa melawat ke :

1. Maqam Siti Hawa

2. Masjid dimana pemancungan akan di laksanakan selepas setiap solat jumaat.

3. Makan tengahari dan solat jamaq zohor/asar di Masjid Terapung.


Kemudian akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz untuk penerbangan pulang pada pukul 8.15malam dengan pesawat OMAN AIR,WY 672.


HARI KELIMABELAS, 18/3 : MUSCAT – KLIA.
Dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat,Oman pada pukul 12.15pagi,transit sekejap dalam jangka masa lebih kurang 2jam dan seterusnya pada pukul 2.20pagi penerbangan balik ke tanahair,Kuala Lumpur.
Jangka sampai pada pukul 1.10petang.....KLIA


ALHAMDULILLAH KAMI BERDOA AGAR TUAN/PUAN SEMUA MENDAPAT UMRAH MABRUR.
KAMI MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP DALAM MASA PENGENDALIAN PAKEJ INI BAIK TUTUR KATA DAN PERBUATAN DARI KAMI.


KAMI BERDOA AGAR SEMUA PULANG KEPANGKUAN KELUARGA DALAM KEADAAN SIHAT SENTIASA.
SEMOGA BERTEMU LAGI UNTUK UMRAH AKAN DATANG MAUPUN DALAM IBADAH HAJI.


UNTUK SEBARANG KEMUSYKILAN DAN SEBARANG KETERANGAN LANJUT SILA LAH HUBUNGI :

DR HJ SIDEK DAHARI 
017-6377631 , 016-2207763
email : hj_ajsmd@yahoo.com.my / hjajsmd63@gmail.com


EN SAIROLLIZAM SIEDIN
012-7729816
email : siedinsairollizam@yahoo.com


KEMBARA RAUDHAH SDN BHD 
www.kembararaudhah.blogspot.com
facebook : http://www.facebook.com/profile.php?id=1609897354

Sunday, January 2, 2011

KEMBARA HATI MENUJU ILAHI


Pergilah tetamu Allah...
Pergilah menuju Allah...
Pergilah membawa hatimu yang pasrah
Tiada lain yang kau cari
Kecuali kasih sayang yang Ilahi

Haji ertinya menuju...
Menuju Allah yang satu
Namun jalan cinta itu penuh sembilu
Kan bertandang ujian beribu liku
Merintang diri dan hati
Kerana setiap cinta itu pasti diuji...
Apakah sejati atau ilusi 


Saturday, January 1, 2011

Belum tunai haji, boleh lakukan 'umrah?




Boleh, kerana ibadah haji dan umrah itu kedua-duanya wajib dan boleh dikerjakan mana satu terlebih dahulu.
Sabda rasulullah saw : "Lakukan secara beriringan antara ibadah haji dan umrah, kerana kedua-duanya menghindarkan seseorang daripada kepapaan dan segala dosa".
(Riwayat al-Nasai dan al-Tarmizi ) 

Daripada 'Ikrimah ibni Khalid ujarnya, '' Saya bertanya kepada Abdullah bin Umar ra mengenai umrah sebelum haji, maka katanya : " Tidak mengapa apabila seseorang itu berumrah sebelum menunaikan haji. Sesungguhnya Nabi saw juga melakukan umrah sebelum menunaikan haji." (Riwayat al-Bukhari).