Friday, April 1, 2011

ATURCARA UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH (27 MEI - 10 JUN 2011)

PENERBANGAN DENGAN PESAWAT EMIRATES 


HARGA NETT (termasuk injection wajib ACWY ) : RM 6,900 (BERSIH)



............................................................................
27/05/2011 : 7.30 PM – 10.20 PM (waktu UAE) KL - DXB

28/05/2011 : 7.00 AM – 8.45 AM (waktu ARAB SAUDI) DXB - JED
........................................................................................................................................................
09/06/2011 : 8.30 PM - 12.10 AM (10/6) JED - DXB

10/06/2011 : 3.55 AM – 2.55 PM (waktu MALAYSIA) DXB - KL
............................................................................


HARI PERTAMA, 27MEI : KLIA – DUBAI – JEDDAH


Para tetamu Allah di nasihatkan supaya berada di lapangan terbang, KLIA sebaik mungkin 3 – 4 jam sebelum pesawat berlepas. Semua tetamu Allah di kehendaki berada di balai berlepas Aras 5.


Berkumpul dalam satu kumpulan untuk :
• Taklimat ringkas
• Penyerahan passport, tag nama dan ‘boarding pass’
• Doa


Selepas pemeriksaan imigresen, pesawat EMIRATES di jangka berlepas pada pukul 7.30 malam. Penerbangan akan mengambil masa lebih kurang 7 jam dari Kuala Lumpur ke Dubai, dan di jangka tiba di Lapangan Terbang Dubai pada pukul 10.30 malam (waktu Dubai)


HARI KEDUA, 28 MEI : DUBAI – JEDDAH – MADINAH


Berlepas ke Jeddah pada pukul 7.00 pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada pukul 8.45 pagi.


Setibanya di Jeddah dan dengan selesainya pemeriksaan inigresen pihak Arab Saudi, para tetamu Allah akan berangkat ke kota suci MADINAH MUNAWWARAH dengan bas ekspres berhawa dingin, perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang 6 -7 jam.
Sesudah sampainya di kota suci MADINAH MUNAWWARAH, para jemaah akan di bawa terus ke hotel penginapan untuk urusan ‘check-in’.


Semua jemaah kemudian akan berkumpul di lobi hotel untuk acara seterusnya ke Masjid Nabawi, bersolat dan lawatan ke Maqam Nabi SAW.
Acara seterusnya adalah bebas dengan memperbanyakkan ber’iqtikaf di Masjid Nabawi. Jamuan makan tengahari dan makan malam ala buffet di dewan makan hotel.


HARI KETIGA, 29 MEI : MADINAH MUNAWWARAH


Solat subuh berjemaah di Masjid Nabawi dan sarapan pagi, berkumpul di lobi hotel untuk ziarah dalaman sekitar perkarangan Masjid Nabawi dan ke perkuburan Baqi.


Selepas solat Asar, taklimat lawatan ziarah sekitar MADINAH.
Tempat-tempat yang akan dilawati semasa berada di MADINAH MUNAWARRAH:


1. MASJID QUBA : Masjid yang telah dibina sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW, setelah baginda singgah sebentar di tapak masjid ini dari Hijrah baginda dari MAKKAH ke MADINAH. Para tetamu Allah dinasihatkan supaya dalam keadaan wudhuk dari hotel. Sesampainya di Masjid Quba ini dilakukan solat sunat 2 rakaat, ganjarannya menyamai 1 pahala Umrah.


2. MASJID QIBLATAIN : Masjid dua kiblat,; di sinilah Baginda Rasulullah SAW mendapat wahyau ketika bersolat supaya memalingkan arah kiblat dari menghadap masjid di Baitulmaqddis ke MASJIDIL HARAM di MAKKAH.Di Makkah, maka mulai saat tersebut, kiblat kita di Masjidil Haram mengadap KA'ABAH.


3. MASJID TUJUH / MEDAN PEPERANGAN AHZAB : sekitar medan peperangan Ahzab dan peninggalan saki-baki masjid/pos Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat.


4.MEDAN PEPERANGAN UHUD / BUKIT UHUD : tapak di mana peperangan Uhud berlaku dengan shahid nya bapa saudara Nabi SAW,Saidina Hamzah Abdul Mutallib dan beberapa sahabat Baginda SAW.Ujudnya maqam shuhadah di Uhud memberi kita semua semangat untuk berjihad ke jalan ALLAH.


5. LADANG TAMAR 


6. KILANG MENCETAK AL-QUR’AN : kerajaan Arab Saudi melalui kilang ini lah,Al-Quran telah di wakaf ke seluruh dunia.
Acara seterusnya dengan memperbanyakkan amalan ber’iqtikaf di Masjid Nabawi.
HARI KEEMPAT, 30 MEI : MADINAH MUNAWWARAH
Berkumpul di lobi hotel untuk lawatan / ziarah MADINAH.
Acara bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan ber’iqtikaf di Masjid Nabawi dan urusan peribadi.
Selepas solat Asar, para tetamu Allah di wajibkan berkumpul di dewan makan untuk taklimat persediaan untuk ke MAKKAH dan tazkirah umrah.


HARI KELIMA, 31 MEI : MADINAH – BIR ALI – MAKKAH


Selepas sarapan pagi, acara bebas dan persiapan untuk berangkat ke MAKKAH selepas solat zuhur dan jamuan makan tengahari.
Para tetamu Allah disunatkan membuat ziarah wadaq’ ke maqam Nabi SAW di Masjid Nabawi.


Perjalanan ke MAKKAH akan singgah di Masjid Dzulhulaifah lebih di kenali sebagai BIR ALI, tempat miqat umrah. Para tetamu Allah dalam keadaan berihram akan menunaikan solat sunat 2 rakaat, berniat umra dan seterusnya berangkat ke MAKKAH, perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 - 7 jam.
Sampainya di MAKKAH, para tetamu Allah akan terus dibawa ke hotel penginapan, urusan ‘check-in’ dan makan malam.


Selepas semuanya bersedia, berkumpul di lobi hotel dengan iringan petugas akan dibawa ke MasjidilHaram untuk memulakan UMRAH PERTAMA (WAJIB).


HARI KEENAM, 1 JUN : MAKKAH
 
Acara bebas dengan memperbanyakkan amalan beribadah, ber’iqtikaf di MasjidilHaram.
Selepas solat Asar, para tetamu Allah berkumpul di dewan makan untuk taklimat dan tazkirah.


HARI KETUJUH, 2 JUN : MAKKAH – MIQAT TANAEIM


Selepas sarapan pagi, berkumpul di lobi hotel untuk ke Masjid Siti Aishah/Tanaeim untuk UMRAH KEDUA.
Banyakkan beribadat/ ber’iqtikaf di MasjidilHaram dalam waktu bebas.
Selepas solat Asar, taklimat ziarah sekitar MAKKAH.


HARI KELAPAN, 3 JUN : MAKKAH – LAWATAN
 
Selepas sarapan pagi, berkumpul di lobi hotel untuk lawatan sekitar MAKKAH.
Tempat-tempat lawatan / ziarah di kota suci MAKKAH MUKARRAMAH :


1. PADANG ARAFAH : tempat Wukuf pada 9 Zulhijjah pada musim haji dan adanya Jabal / Bukit Rahmah, tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s. dengan isteri baginda, Siti Hawa.


2. MUDZALIFAH : tempat jemaah haji bermabit dan mengutip anak-anak batu untuk melontar jamrah.


3. MINA : tempat jemaah haji melontar Aqabah dan seterusnya bermabit pada hair-hari tashrik 11 – 13 Zulhijjah.


4. JI’RAANAH : masjid tempat miqat umrah Baginda Rasulullah SAW, tempat miqat umrah para jemaah haji dan umrah.


Seterusnya bermiqat di Ji’raanah untuk UMRAH KETIGA.


HARI KESEMBILAN, 4 JUN : MAKKAH – MIQAT TANAEIM
UMRAH KEEMPAT miqat Tanaeim.
Selepas solat Asar, taklimat di dewan makan untuk aturcara lawatan ke Hudaibiyah keesokan harinya.


HARI KESEPULUH, 5 JUN : MAKKAH – LAWATAN


Berkumpul di lobi hotel untuk lawatan / ziarah dan bermiqat di Hudaibiyah untuk UMRAH KELIMA.


Tempat-tempat lawatan / ziarah di kota suci MAKKAH MUKARRAMAH :


1. MASJID HUDAIBIYAH : tempat miqat umrah dan tempat dimana berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.


2. LADANG TERNAKAN UNTA : susu unta boleh dibeli di sana.
Acara seterusnya bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan ber’iqtikaf di MasjidilHaram.


HARI KESEBELAS, 6 JUN : MAKKAH – MIQAT TANAEIM


UMRAH KEENAM, miqat Tanaeim.
Acara bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan ber’iqtikaf di MasjidilHaram.


HARI KEDUA BELAS, 7 JUN : MAKKAH – MIQAT TANAEIM


UMRAH KETUJUH, miqat Tanaeim.
Dan seterusnya, acara bebas dengan memperbanyakkan beribadah dan ber’iqtikaf di MasjidilHaram.


HARI KETIGA BELAS, 8 JUN : MAKKAH


Selepas solat Asar, berkumpul di dewan makan untuk taklimat keberangkatan pulang ke tanah air.
Acara bebas.


HARI KEEMPAT BELAS, 9 JUN : MAKKAH – JEDDAH – DUBAI


Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, TAWAF WADAQ (WAJIB).
Persiapan pulang, bertolak ke Jeddah pada pukul 10.00 pagi.
Singgah di Masjid Terapung, Jeddah untuk solat jamaq’ Zuhur / Asar dan makan tengahari.


Lawatan sekitar bandaraya Jeddah, Maqam Siti Hawa dan lain-lain.
Lebih kurang pukul 3.00 petang ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah untuk penerbangan pulang pada pukul 8.30 malam dengan pesawat EMIRATES.


HARI KELIMA BELAS, 10 JUN : DUABI – KUALA LUMPUR


Penerbangan pulang dari Dubai pada pukul 3.55 pagi dan akan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, KLIA pada pukul 2.55 petang (waktu MALAYSIA).


ALHAMDULILLAH, KAMI DI KEMBARA RAUDHAH SDN BHD BERDOA AGAR TUAN/PUAN MENDAPAT UMRAH MABRUR DAN DITERIMA SEGALA AMALAN SEMASA BERADA DI TANAH SUCI MAKKAH DAN MADINAH DAN SEPANJANG DUA (2) MINGGU KITA MENGERJAKAN UMRAH PADA KALI INI.




KAMI MEMOHON MAAF JIKA TERDAPAT SALAH DAN SILAP DALAM MASA PENGENDALIAN PAKEJ INI BAIK DARI TUTUR BICARA DAN PERBUATAN DARI KAMI....



YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN YANG TIDAK BAIK ITU DATANG DARI KAMI YANG DAIF..


KAMI BERDOA AGAR SEMUA PULANG KE PANGKUAN KELUARGA MASING-MASING DALAM KEADAAN SIHAT SENTIASA.
SEMOGA BERTEMU LAGI UNTUK UMRAH AKAN DATANG MAHUPUN DALAM IBADAH HAJI.


UNTUK SEBARANG KEMUSYKILAN DAN SEBARANG KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :


• DR HJ SIDEK DAHARI : 017- 637 7631 / 016- 220 7763
e-mail : hj_ajsmd@yahoo.com.my / hjajsmd63@gmail.com


• www.kembararaudhah.blogspot.com


• facebook : Kembara Raudhah



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home